Salam untuk gadis-gadis yang tidak beremosi hari ini di luar sana. Anda boring duduk di rumah dan tiada apa yang nak dibuat? Apa kata anda menonton rancangan komedi yang terbaru di saluran ASTRO channel 711 (untuk mendapatkan kualiti tayangan menarik pastikan anda menggunakan ASTRO HD).
New Girl merupakan sebuah rancangan komedi bersiri yang dilakonkan oleh akak yang comel bernama Zooey Deschanel. Akak comel ini memegang watak sebagai JESS, seorang yang 'happy good lucky' dan baru sahaja mengalami putus cinta yang amat teruk. Selepas putus cinta, dia membuat keputusan untuk mencari tempat baru dan telah berpindah tinggal bersama tiga orang jejaka kacak yang kurang perasan yang mempunyai pe;bagai ragam dan kerenah (NICK-Jake Johnson, SCHMIDT-Max Greenfield dan WINSTON-Lamorne Morris). Dia juga ditemanai seorang rakan karibnya semenjak kecil yang bernama CECE yang dilakonkan oleh Hannah Simone.
Walaupun si JESS ni kadang-kadang seorang yang senang untuk dipengaruhi dan 'vulnerable' tapi minah comel ni 'still' ada sisi positif yang boleh dicontohi. Dia seorang yang sangat jujur dan terbuka serta berfikiran positif untuk menerima kesalahannya dan kekurangan yang dimiliknya.
'Wokey', untuk gadis-gadis yang tidak 'emo-emo' di luar sana SELAMAT MENONTON rancangan ini disaluran ASTRO 711 kegemaraan anda.
Tata...

tak langgan asro la..
ReplyDeletehahahaha...tgk youtube lar.
ReplyDelete