Tuesday, 13 March 2012

'YES CAPTAIN'

Hai! Anda penggemar drama-drama korea???. Hari nak nak berkongsi satu drama yang menarik yang ditayangkan di rangkaian televisyen satelit berbayar tempatan.

Yes Captain merupakan drama Korean yang ditayangkan
di saluran ASTRO ONE HD (Pastikan anda melanggan ASTRO
HD dahulu sebelum dapat menonton drama ini).

Drama ini mengisahkan kehidupan dunia juruterbang syarikat
AIR WINGS yang digambarkan melalui dua watak utama iaitu
Kim Yoon Sung (Ji Jin Hee) dan Han Da Jin (Goo Hye Sun).



Kim Yoon Sung dan Han Da Jin ni masing-masing memiliki kisah
silam yang sangat lah menyedihkan (pastikan anda sediakan
tisu semasa menonton drama ini, tapi sebenarnya tak mengalirkan air mata pun). Kematian seorang penumpang
di dalam pesawat yang juga merupakan isteri kepada kaptenya
ketika tujuh tahun yang lepas, telah memberi kesan kepada Kapten
Kim Yoon Sung. Dia yang merupakan juruterbang pesawat tersebut ketika berlakunya kematian
di dalam pesawat yang dibawanya ketika itu, 
membuatkan Kim Yoon Sung menjalani kehidupan
dengan perasaan kesal dan bersalah terutama kepada anak-anak
perempuan bekas kaptenya itu.

 
Rasanya dia lagi kacak sepuluh kali ganda daripada Aaron Aziz kot. (Oh memang tidak pernah menyukai Aaron Aziz.

Kehadiran Han Da Jin yang merupakan juruterbang di bawah seliannya
turut menambah keadaan huru hara dalam kehidupannya
apa tah lagi apabila beliau mengetahui yang Han Da Jin
merupakan anak bekas kepada kaptenya itu.


Sangat mengangumi kecomelan heroin drama ini. Bermata bulat dan memiliki senyuman yang comel. 

Bagi mengenepikan perasaan bersalah di dalam hatinya
Kim Yoon Sung cuba menanamkan perasaan bencinya kepada
Han Da Jin, namun akhirnya masing-masing menyukai antara satu sama lain.

Macam biasa dalam drama-drama korea yang lain mesti akan ada
pelakon tambahan yang akan menyulitkan lagi percintaan
hero dan heroin. Kemunculan watak Choi Ji Won (Yoo Sun)
yang merupakan bekas kekasih Kim Yoon Sung yang juga 
merupakan pramugari yang membantu menyelamatkan
ibu Han Da Jin 7 tahun yang lepas telah menambahkan\
konflik dalam drama korea ini kerana Han Da Jin berpendapat
beliau merupakan orang yang menyebabkan kematian ibunya. Tidak lupa kemunculan
aktor Lee Chun Hee yang memegang watak sebagai Kang Dong Soo
yang merupakan kawan baik kepada Han Da Jin turut
merumitkan lagi kisah cinta ini.

Memegang watak sebagai Kang Dong Soo. Dapat dilihat pengaruh K-Pop yang menebal dalam fesyen beliau. Rambut dan seluar berwarna merah.


Jika mahu mengetahui kisah selanjutnya drama ini,
silalah melanggan saluran berbayar ASTRO anda
dan pastikan anda melanggan ASTRO HD di rumah.

Menyukai kehadiran kanak-kanak ini di dalam drama. Memegang watak sebagai adik Han Da Jin, gadis cilik ni memang petah berkata-kata. Kalau kat Malaysia macam adik Mia Sara la. Dan dia menggelarkan Kim Yoon Sung di dalam drama ini sebagai  'Pak Cik Pengiun'. Sangat comelllll!!!!

BUKU: ACT LIKE A Lady, THINK LIKE A Man

Salam dan selamat sejahtera untuk gadis-gadis comel sekalian. Tidak lupa untuk abang-abang yang baik hati di luar sana. Pernah nampak 'cover' buku kat bawah? Kali pertama tengok buku nak kat kedai buku, apa yang menarik adalah warna kulit buku tersebut. Berwarna merah hati. Benda kedua pulak yang menarik perhatian bila dah pegang adalah tajuk buku tersebut. 'ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN' oleh Steve Harvey. 

Kalau kita dapat tengok kulit buku ini, kita boleh mengagak sasaran khalayak pembaca adalah dikalangan golongan kaum Hawa.

Buku ini ditulis oleh Steve Harvey, seorang pelawak terkenal (kalau anda tidak kenal, sila minta bantuan en GOOGLE) yang sering mengadakan road tour 'King of Comedy'. Beliau sekarang merupakan seorang hos  bagi rancangan yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu rancangan Steve Harvey Morning Show yang mempunyai lebih 7 juta pendengar.


Secara jujurnya, buku ini sesuai untuk golongan Hawa untuk cuba lebih memahami lelaki dan tidak bersangka buruk terhadap setiap tindak tanduk, keputusan atau perangai lelaki. Buku ini cuba membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan setiap persoalan yang sering menganggu kotak pemikiran wanita mengenai lelaki.

Buku ini merupakan sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki. 

Untuk wanita yang sering keliru dan tidak faham dengan perangai lelaki-lelaki yang berada di sekeliling  anda, buku ini wajib dibaca oleh anda untuk memahami apa yang bermain dalam fikiran lelaki.

Buku ini bukanlah untuk memdedahkan tentang kelemahan lelaki, tapi lebih kepada memahamkan golongan wanita tentang sikap lelaki.

Antara perkara-perkara menarik yang diketengahkan dalam buku ini ialah:

~perkara-perkara yang mendorong lelaki
~perbezaan cinta antara lelaki dan wanita
~mengapa lelaki mengambil tindakan sebegitu/sebegini
~soalan yang wajib anda tanya untuk mengetahui sama ada lelaki serius ataupun tidak dengan anda

Wokey cik adik-cik adik comel, selamat membaca dan semoga anda dapat memahami lelaki.

p/s: Hai akak-akak dan cik adik-cik adik comel, sekarang faham kenapa lelaki ni jarang sangat nak mesej anda atau ditebak dengan soalan tentang kahwin??? Nak taw, sila beli buku ini. (^_^)



Monday, 12 March 2012

NEW GIRL

Salam untuk gadis-gadis yang tidak beremosi hari ini di luar sana. Anda boring duduk di rumah dan tiada apa yang nak dibuat? Apa kata anda menonton rancangan komedi yang terbaru di saluran ASTRO channel 711 (untuk mendapatkan kualiti tayangan menarik pastikan anda menggunakan ASTRO HD).

New Girl merupakan sebuah rancangan komedi bersiri yang dilakonkan oleh akak yang comel bernama Zooey Deschanel. Akak comel ini memegang watak sebagai JESS, seorang yang 'happy good lucky' dan baru sahaja mengalami putus cinta yang amat teruk. Selepas putus cinta, dia membuat keputusan untuk mencari tempat baru dan telah berpindah tinggal bersama tiga orang jejaka kacak yang kurang perasan yang mempunyai pe;bagai ragam dan kerenah (NICK-Jake Johnson, SCHMIDT-Max Greenfield dan WINSTON-Lamorne Morris). Dia juga ditemanai seorang rakan karibnya semenjak kecil yang bernama CECE yang dilakonkan oleh Hannah Simone

Walaupun si JESS ni kadang-kadang seorang yang senang untuk dipengaruhi dan 'vulnerable' tapi minah comel ni 'still' ada sisi positif yang boleh dicontohi. Dia seorang yang sangat jujur dan terbuka serta berfikiran positif untuk menerima kesalahannya dan kekurangan yang dimiliknya.

'Wokey', untuk gadis-gadis yang tidak 'emo-emo' di luar sana SELAMAT MENONTON rancangan ini disaluran ASTRO 711 kegemaraan anda.
  



Tata... 


I AM THE 'NEW GIRL'

Hai, apa khabar untuk gadis-gadis yang tidak suka 'emo-emo',  jejaka-jejaka Malaya yang tidak perasan, mak cik-makcik yang baik hati dan pak cik-pak cik yang 'sporting' di luar sana. Sila jemput dan melawat serta menelaah dan tidak lupa mengecas saraf otak anda untuk membaca di blog saya. Tahun 2012 yang lebih positif, mari bergelak ketawa, tersenyum riang, dan fokus untuk mengumpul duit untuk menjadi jutawan.