Apa dia cecair merah ni?. Ok, tanggal 18 April yang lalu, aku sempat menyumbang sedikit bantuan bagi membantu Pusat Darah Negara untuk mencukupkan bekalan 'cecair merah' di 'bank' mereka. (Oh kebetulan aku pun bekerja kat bank colornya merah. Oh merepek lagi). Pihak Pusat Darah Negara datang dekat tempat aku bekerja jadi aku ambil peluang pertama kali derma darah.
Sebenarnya selama ini memang niat nak derma darah tu sentiasa ada, cuma peluang dan kesempatan sahaja yang tidak ada disamping aku mendengar pelbagai cerita-cerita buruk mengenai derma darah ini dan itu membuangkan aku takut untuk menderma. Sebenarnya aku bukan takut tentang jarum, tapi apa yang paling takut, bila ramai beranggapan kalau derma darah ni badan boleh naik berkilo-kilo. Bayangkan dalam empat tahun ini aku dah berjaya turunkan 29kg berat aku. Bimbang jugak sekiranya berat naik kembali berkilo-kilo dan tak pasal-pasal terpaksa pulak aku pergi audition The Biggest Loser Asia untuk new seassion lak. Tapi aku rasa itu semua mungkin cuma mitos direka-reka sesetengah orang untuk mengelak daripada derma darah.
Fikir punya fikir then rasa nekad jer hari tu nak derma darah. Itu pun dipengaruhi jugak oleh supervisor aku yang jugak pada hari itu pertama kali beliau menderma. Jadi hari itu jugak aku ajak kawan turun pergi derma darah sekali then kerana dipengaruhi oleh aku jugak, kawan aku yang aku ajak itu gak pergi derma darah untuk pertama kali. Dan yang menariknya akhirnya aku tahu jenis darah aku setelah hampir 25 tahun hidup. Apa yang menarik aku punya darah adalah jenis 'O'. Orang darah jenis 'O' tergolong sebagai golongan yang pemurah. Sebab apa aku cakap pemurah, sebab darah 'O' boleh diterima oleh semua jenis darah lain. Tapi yang payahnya, orang berdarah 'O' cuma boleh menerima darah daripa jenis darah 'O' je.
"Buku merah jangan lupa bawak moga-moga belum tamat tempoh
(Oh ini kad yang perlu anda bawa kalau nak derma darah)"
Sebenarnya banyak faedah kalau kita menderma darah. Bawah ni aku share sikit antara kebaikan yang korang akan dapat kalau pergi derma darah.
Keistimewaan ini diberikan kepada penderma yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.
| Kekerapan menderma | Keistimewaan rawatan |
|---|---|
| 1 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. |
| 2 kali (dalan tempoh 12 bulan) | Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B |
| 2 ~ 5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. |
| 6 ~ 10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan. |
| 11 ~ 15 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun. |
| 16 ~ 20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun. |
| 21 ~ 30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun. |
| 31 ~ 40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun. |
| 41 ~ 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun. |
| Lebih 50 kali (bagi penderma darah penuh) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. |
sumber: Wikipedia
Jadi, anda di luar sana kalau pintu hati telah terbuka untuk menderma, boleh berkunjung di hospital kerajaan yang terdekat dengan anda atau pun ke PUSAT DARAH NEGARA.
Jadi, ingatlah, setitik darah mampu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa. Ewah macam iklan radio. Wokey wassalammmmm...........













