Salam dan selamat sejahtera untuk gadis-gadis comel sekalian. Tidak lupa untuk abang-abang yang baik hati di luar sana. Pernah nampak 'cover' buku kat bawah? Kali pertama tengok buku nak kat kedai buku, apa yang menarik adalah warna kulit buku tersebut. Berwarna merah hati. Benda kedua pulak yang menarik perhatian bila dah pegang adalah tajuk buku tersebut. 'ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN' oleh Steve Harvey.
Kalau kita dapat tengok kulit buku ini, kita boleh mengagak sasaran khalayak pembaca adalah dikalangan golongan kaum Hawa.
Buku ini ditulis oleh Steve Harvey, seorang pelawak terkenal (kalau anda tidak kenal, sila minta bantuan en GOOGLE) yang sering mengadakan road tour 'King of Comedy'. Beliau sekarang merupakan seorang hos bagi rancangan yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu rancangan Steve Harvey Morning Show yang mempunyai lebih 7 juta pendengar.
Secara jujurnya, buku ini sesuai untuk golongan Hawa untuk cuba lebih memahami lelaki dan tidak bersangka buruk terhadap setiap tindak tanduk, keputusan atau perangai lelaki. Buku ini cuba membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan setiap persoalan yang sering menganggu kotak pemikiran wanita mengenai lelaki.
Buku ini merupakan sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki.
Untuk wanita yang sering keliru dan tidak faham dengan perangai lelaki-lelaki yang berada di sekeliling anda, buku ini wajib dibaca oleh anda untuk memahami apa yang bermain dalam fikiran lelaki.
Buku ini bukanlah untuk memdedahkan tentang kelemahan lelaki, tapi lebih kepada memahamkan golongan wanita tentang sikap lelaki.
Antara perkara-perkara menarik yang diketengahkan dalam buku ini ialah:
~perkara-perkara yang mendorong lelaki
~perbezaan cinta antara lelaki dan wanita
~mengapa lelaki mengambil tindakan sebegitu/sebegini
~soalan yang wajib anda tanya untuk mengetahui sama ada lelaki serius ataupun tidak dengan anda
Wokey cik adik-cik adik comel, selamat membaca dan semoga anda dapat memahami lelaki.
p/s: Hai akak-akak dan cik adik-cik adik comel, sekarang faham kenapa lelaki ni jarang sangat nak mesej anda atau ditebak dengan soalan tentang kahwin??? Nak taw, sila beli buku ini. (^_^)

No comments:
Post a Comment