Tuesday, 13 March 2012

'YES CAPTAIN'

Hai! Anda penggemar drama-drama korea???. Hari nak nak berkongsi satu drama yang menarik yang ditayangkan di rangkaian televisyen satelit berbayar tempatan.

Yes Captain merupakan drama Korean yang ditayangkan
di saluran ASTRO ONE HD (Pastikan anda melanggan ASTRO
HD dahulu sebelum dapat menonton drama ini).

Drama ini mengisahkan kehidupan dunia juruterbang syarikat
AIR WINGS yang digambarkan melalui dua watak utama iaitu
Kim Yoon Sung (Ji Jin Hee) dan Han Da Jin (Goo Hye Sun).



Kim Yoon Sung dan Han Da Jin ni masing-masing memiliki kisah
silam yang sangat lah menyedihkan (pastikan anda sediakan
tisu semasa menonton drama ini, tapi sebenarnya tak mengalirkan air mata pun). Kematian seorang penumpang
di dalam pesawat yang juga merupakan isteri kepada kaptenya
ketika tujuh tahun yang lepas, telah memberi kesan kepada Kapten
Kim Yoon Sung. Dia yang merupakan juruterbang pesawat tersebut ketika berlakunya kematian
di dalam pesawat yang dibawanya ketika itu, 
membuatkan Kim Yoon Sung menjalani kehidupan
dengan perasaan kesal dan bersalah terutama kepada anak-anak
perempuan bekas kaptenya itu.

 
Rasanya dia lagi kacak sepuluh kali ganda daripada Aaron Aziz kot. (Oh memang tidak pernah menyukai Aaron Aziz.

Kehadiran Han Da Jin yang merupakan juruterbang di bawah seliannya
turut menambah keadaan huru hara dalam kehidupannya
apa tah lagi apabila beliau mengetahui yang Han Da Jin
merupakan anak bekas kepada kaptenya itu.


Sangat mengangumi kecomelan heroin drama ini. Bermata bulat dan memiliki senyuman yang comel. 

Bagi mengenepikan perasaan bersalah di dalam hatinya
Kim Yoon Sung cuba menanamkan perasaan bencinya kepada
Han Da Jin, namun akhirnya masing-masing menyukai antara satu sama lain.

Macam biasa dalam drama-drama korea yang lain mesti akan ada
pelakon tambahan yang akan menyulitkan lagi percintaan
hero dan heroin. Kemunculan watak Choi Ji Won (Yoo Sun)
yang merupakan bekas kekasih Kim Yoon Sung yang juga 
merupakan pramugari yang membantu menyelamatkan
ibu Han Da Jin 7 tahun yang lepas telah menambahkan\
konflik dalam drama korea ini kerana Han Da Jin berpendapat
beliau merupakan orang yang menyebabkan kematian ibunya. Tidak lupa kemunculan
aktor Lee Chun Hee yang memegang watak sebagai Kang Dong Soo
yang merupakan kawan baik kepada Han Da Jin turut
merumitkan lagi kisah cinta ini.

Memegang watak sebagai Kang Dong Soo. Dapat dilihat pengaruh K-Pop yang menebal dalam fesyen beliau. Rambut dan seluar berwarna merah.


Jika mahu mengetahui kisah selanjutnya drama ini,
silalah melanggan saluran berbayar ASTRO anda
dan pastikan anda melanggan ASTRO HD di rumah.

Menyukai kehadiran kanak-kanak ini di dalam drama. Memegang watak sebagai adik Han Da Jin, gadis cilik ni memang petah berkata-kata. Kalau kat Malaysia macam adik Mia Sara la. Dan dia menggelarkan Kim Yoon Sung di dalam drama ini sebagai  'Pak Cik Pengiun'. Sangat comelllll!!!!

2 comments: